Tuesday, 24 February 2015

PENGEMBARAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA BERBEZABEZA SITUASINYA....MELALUI PROSES USIA DARI ALAM JANIN ......MENUJU KEALAM BAQA.........


Semasa  manusia dilahirkan kita tidak mempunyai apa-apa dan tidak berdaya...segalanya harus diuruskan oleh kedua orang tua kita.... ibarat kosong atau  zero...tiada apa yang dibawa...walau pun seurat benang. Begitulah kehendak alam. Kadang kala tangisan mengiringi kehadiran bayi menandakan kewujudan insan baru di dunia fana ini.Ibarat kain putih tidak mengerti apa apa dan permasalahan seperti orang dewasa....  Bayi dikatakan ahli syurga kerana lahirnya ibarat  tidak berwarna dan tidak membawa  dosa walau apapun bangsanya....Kedua orang tuanyalah yang  bakal  ...mencorakkannya  samada Nasrani, Islam ,Buddha,Hindu atau sebagainya.

Sebagai manusia beberapa fasa akan kita lalui dalam menuju satu proses  kehidupan yang fana ini sebelum menuju kealam BAQA dan  yang kekal di alam akhirat.....
    • Alam bayi merupakan alam janin yang mana berada dalam proses melengkapi tubuh badan manusia didalam perut seorang ibu. Proses pembentukan dari janin kepada seorang bayi mengambil masa selama 38 minggu atau sembilan bulan 14 hari. Walaubagaimana pun terlahirnya seorang bayi itu atas ketentuan ILAHI ,kerana ada juga bayi yang tidak cukup bulan dilahirkan kedunia ini. Alam janin merupakan alam dimana kehidupan berlaku dipersekitaran rahim seorang ibu. Alam rahim inilah tempat permulaan janin mengenal suatu kehidupan. Suara ibubapa ,keluarga dan persekitaran merupakan rencah kehidupan ketika itu. Sebenarnya diawal pembentukan janin inilah sepatutnya bacaan bacaan seperti AlQuran sangat baik diamalkan kerana ketika ini janin  dapat mengikuti dan mendengar  apa saja diperkatakan .Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya seperti yang selalau diperkatakan oleh orang bijak pandai. Dikala ini juga proses  pembentukan sifat yang dimiliki sebagai seorang manusia yang sempurna seperti anggota badan, kaki, tangan kepala dsbnya terjadi . Tetapi ketentuan ALLAH tiada siapa yang tahu dan ada juga janin yang dilahirkan samada cukup dan tidak cukup sifatnya dan bulan. Jadi pembesaran janin juga bergantung kepada pemakanan ibunya serta perwatakan ibu yang sentiasa gembira ,sihat, tidak stress,sakit,lembab, aktif,pemarah,  periang dsbnya.Unsur unsur negatif harus dijauhi supaya perkara ini tidak mempengaruhi perwatakan bayi kelak apabila dilahirkan. Semua unsur unsur ini  penting dalam pembentukan seorang bayi atau manusia.
                          Image result for gambar seorang bayi yang baru dilahirkan
Bayi yang masih dalam ketuban setelah dilahirkan, manakala disebelah wajah bayi comel yang baru dilahirkan.
  • Alam kanak kanak - seorang bayi yang cukup sembilan bulan lebih  atau 38 minggu biasanya dilahirkan kedunia, tetapi  ada juga bayi terlajak awal dari  usia sepatutnya atau tidak cukup bulan .Pertumbuhan seorang kanakkanak setelah dilahirkan sehingga mereka dapat meniarap, merangkak, berjalan dan mula bersekolah semuanya dibawah tanggungjawab ayah dan ibunya,  Alam ini sangat penting untuk membentuk satu pertumbuhan yang sihat dan ketika ini mereka sangat mudah dilentur sebagai manusia sebelum mereka menuju kealam remaja, Mereka cepat meniru perlakuan penjaganya dan kedua orang tua mereka, jadi pada usia ini haruslah berhati hati dalam kata kata dan perlakuan kita kerana setiap perbuatan akan dicontohinya tidak kira samada yang baik atau tidak. Jadi kita harus sentiasa  berwaspada ketika bersama mereka ,kerana ketika ini mereka masih tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk serta apa yang betul atau tidak. Tunjuk ajar kitalah yang akan memberi contoh dan tauladan kepada mereka kelak. Sumber pemakanan juga penting dalam pembentukan akhlak anak. Contohnya sumber pemakanan yang halal dan berkhasiat amat penting dalam tumbesaran mereka dalam membentuk satu kewarasan pemikiran dan akal yang cerdas dan bijaksana. Contohnya buahbuahan sunnah antara pemakanan yang baik untuk otak dan kecergasan tubuh badan yang banyak telah diperkatakan dan dibuat kajian mengenainya.
Image result for gambar remaja pelbagai kaumImage result for gambar kanak kanak pelbagai bangsa

Gambar kanak kanak pelbagai bangsa mewarnai kehidupan di Malaysia.
  • Alam Remaja - Pada peringkat ini mungkin para remaja sedang berada dalam proses mencari identiti dan kemungkinan berlaku kecelaruan identiti jika mereka tidak di didik dengan betul. Secara azalinya  manusia ini dilahirkan membawa 2 sifat iaitu baik dan jahat. Corak apa yang bakal terserap dalam diri mereka  adalah bergantung pada persekitaran kehidupan mereka .Para remaja berupaya berfikir secara lojik atau terpesong daripada perwatakan sebenar mereka, maka sebab itulah mereka perlukan bimbingan daripada keluarga atau orang dewasa. Kadang kala mereka juga  memahami konsep-konsep yang abstrak dan sangat idealisma  dan berfikiran  segar dalam apa juga bidang yang mereka ceburi contohnya akademik, keagamaan, kesenian ,teknologi dan lain lain lagi. Oleh yang demikian, penjelasan yang betul perlu diberikan kepada para remaja dalam memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan kehidupan  ini. Mereka seharusnya dibimbing agar alam remaja yang dilalui ini tidak terpesong dengan norma norma kehidupan yang tidak baik dan bermoral, tetapi peluang dalam kesilapan langkah itu pasti ada kerana kehidupan di luar yang mereka hadapi pada masa ini memang mencabar. Contoh yang baik boleh diambil mengenai Raja al Fateh yang amat terkenal dalam sejarah Turki yang mana kebijaksanaan beliau telah membolehkan beliau menakluki  Kota Konstantinople ketika berusia 21 tahun. Sultan Muhamad al-Fateh berjaya menakluk  Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah. Ini adalah satu contoh bagaimana pemikiran orang muda yang  segar dan sangat baik dapat di bentuk dan dijana untuk merealisasikan satu impian menjadi kenyataan. 
  • Hadis Rasullullah SAW pernah mengatakan Konstantinople akan ditawan oleh orang Islam.       “Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine .   

  1. Mereka berhak mendapat pendidikan yang sempurna. Jangan diherdik atau dinafikan hak mereka mendapat penjelasan dari kita,      mengenai sesuatu perkara terutamanya dari ibu bapa mereka sendiri. Sekiranya tidak mampu maka eloklah dirujuk kepada mereka yang mampu menerangkannya secara berkesan dan bermakna. Ia dapat membantu mencerahkan segala kekusutan yang bermain dalam pemikiran mereka.

Image result for gambar remaja pelbagai kaum               Image result for gambar remaja pelbagai kaum
Aksi remaja yang sedang bergembira bersama rakan rakan mereka.Pengaruh rakan sebaya amat kuat dikalangaan mereka.
  • Alam Dewasa satu perubahan yang telah dilalui oleh seseorang dari alam remaja .Ianya merupakan suatu era yang telah menonjolkan  kematangan seseorang dalam mengharungi kehidupan mereka. Alam dewasa biasanya memberi satu kewarasan fikiran yang alami seperti keperluan kepada tuntutan kerohanian dan spiritual  sebagai manusia yang dijadikan Allah kepada  makhluk ciptaannya  tidak kira samada manusia, haiwan atau tumbuhan. Tuntutan untuk memperkembangkan zuriat demi kesinambungan. umat manusia, dan makhluk yang lain. Apabila mereka mula mencapai usia dewasa maka keperluan sebagai orang dewasa akan dirasai mereka seperti berumahtangga dan  berkeluarga. ini merupakan satu amanah dan  bertanggungjawab yang harus dipikul  terhadap isteri, anakanak dan keluarga sebagai suami dan ketua keluarga. Kedewasaan mengajar manusia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi memenuhi bukan saja tuntutan naluri tetapi agama dan kemanusiaan, Kedewasaan menuntut seseorang  mempunyai sebuah kehidupan berkeluarga, kediaman  dan nafkah makan pakai terhadap  isteri , anak anak dan mereka yang dibawah  berada dibawah tanggungjawab seseorang. Nafkah yang diperlukan bergantung kepada kemampuan sesebuah keluarga masing-masing. Dalam membina satu kehidupan baru keperluan asas kepada keluarga harus dipenuhi sebagai satu tuntutan keagamaan dan tanggunjawab kemanusiaan dalam merealisasikan erti sebuah kehidupan .Seseorang yang telah dewasa wajib  mempunyai sumber pendapatan dan pekerjaan untuk menampung dan membiayai keperluan kehidupan mereka.  
sumber pemakanan sihat untuk membina tubuh yang sihat  
untuk tempahan hamper ,goodies perkahwinan dll sila hubungi 0199366560                                               
 Image result for gambar kediaman atau rumah    Image result for gambar kanak kanak pelbagai bangsa

Apabila dewasa perkahwinan merupakan satu tanggunjawab dalam tuntutan kebatinan yang harus ditunaikan dalam kehidupan demi kesinambungan zuriat dan waris pada masa akan datang.

Image result for gambar kediaman atau rumah         Image result for GAMBAR RUMAH

Kediaman adalah salah satu keperluan dan tuntutan selepas berumahtangga.

Perjalanan kehidupan manusia pada hari ini puratanya adalah dalam lingkungan enam ketujuh puluh tahun bergantung kepada kesihatan ,dan perjalanan seseorang itu dalam menelusuri kehidupan di alam fana ini.Sekiranya seseorang itu berkesempatan hidup yang melebihi usia tersebut ,maka itu adalah bonus bagi mereka...yang telah ditentukan takdir keatas mereka. Usia tua amat berbeza dengan usia muda seolah kita kembali ke alam semasa kecil tidak berkeupayaan dan perlukan bantuan orang lain dalam kehidupan . Dunia ibarat berpusing seperti roda sesekali kita di atas dan sesekali dibawah. Beruntunglah bagi mereka yang kekal sihat walaupun tua kerana masih berupaya menjaga diri sendiri sebelum dipanggil pulang oleh ILAHI tetapi masih ramai hidup keseorangan dan ditinggal sendiri serta ada juga dibiarkan dirumah kebajikan dalam menyusuri sisa sisa kehidupan ini. Nilai dan telitilah usia kita kini...apa sebenarnya yang telah kita lalui dan alami ini adakah telah memberi menafaat  kepada masyarakat ,alam persekitaran dan diri sendiri sebagai hamba ALLAH yang mempunyai tingkatan TERTINGGI SEBAGAI MAKHLUK DAN KHALIFAH  ALLAH didunia ini dalam kehidupan yang singkat....ini.




No comments:

Post a Comment