Semasa manusia dilahirkan kita tidak mempunyai apa-apa dan tidak berdaya...segalanya harus diuruskan oleh kedua orang tua kita.... ibarat kosong atau zero...tiada apa yang dibawa...walau pun seurat benang. Begitulah kehendak alam. Kadang kala tangisan mengiringi kehadiran bayi menandakan kewujudan insan baru di dunia fana ini.Ibarat kain putih tidak mengerti apa apa dan permasalahan seperti orang dewasa.... Bayi dikatakan ahli syurga kerana lahirnya ibarat tidak berwarna dan tidak membawa dosa walau apapun bangsanya....Kedua orang tuanyalah yang bakal ...mencorakkannya samada Nasrani, Islam ,Buddha,Hindu atau sebagainya.
Sebagai manusia beberapa fasa akan kita lalui dalam menuju satu proses kehidupan yang fana ini sebelum menuju kealam BAQA dan yang kekal di alam akhirat.....
- Alam bayi merupakan alam janin yang mana berada dalam proses melengkapi tubuh badan manusia didalam perut seorang ibu. Proses pembentukan dari janin kepada seorang bayi mengambil masa selama 38 minggu atau sembilan bulan 14 hari. Walaubagaimana pun terlahirnya seorang bayi itu atas ketentuan ILAHI ,kerana ada juga bayi yang tidak cukup bulan dilahirkan kedunia ini. Alam janin merupakan alam dimana kehidupan berlaku dipersekitaran rahim seorang ibu. Alam rahim inilah tempat permulaan janin mengenal suatu kehidupan. Suara ibubapa ,keluarga dan persekitaran merupakan rencah kehidupan ketika itu. Sebenarnya diawal pembentukan janin inilah sepatutnya bacaan bacaan seperti AlQuran sangat baik diamalkan kerana ketika ini janin dapat mengikuti dan mendengar apa saja diperkatakan .Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya seperti yang selalau diperkatakan oleh orang bijak pandai. Dikala ini juga proses pembentukan sifat yang dimiliki sebagai seorang manusia yang sempurna seperti anggota badan, kaki, tangan kepala dsbnya terjadi . Tetapi ketentuan ALLAH tiada siapa yang tahu dan ada juga janin yang dilahirkan samada cukup dan tidak cukup sifatnya dan bulan. Jadi pembesaran janin juga bergantung kepada pemakanan ibunya serta perwatakan ibu yang sentiasa gembira ,sihat, tidak stress,sakit,lembab, aktif,pemarah, periang dsbnya.Unsur unsur negatif harus dijauhi supaya perkara ini tidak mempengaruhi perwatakan bayi kelak apabila dilahirkan. Semua unsur unsur ini penting dalam pembentukan seorang bayi atau manusia.
Bayi yang masih dalam ketuban setelah dilahirkan, manakala disebelah wajah bayi comel yang baru dilahirkan.
- Alam kanak kanak - seorang bayi yang cukup sembilan bulan lebih atau 38 minggu biasanya dilahirkan kedunia, tetapi ada juga bayi terlajak awal dari usia sepatutnya atau tidak cukup bulan .Pertumbuhan seorang kanakkanak setelah dilahirkan sehingga mereka dapat meniarap, merangkak, berjalan dan mula bersekolah semuanya dibawah tanggungjawab ayah dan ibunya, Alam ini sangat penting untuk membentuk satu pertumbuhan yang sihat dan ketika ini mereka sangat mudah dilentur sebagai manusia sebelum mereka menuju kealam remaja, Mereka cepat meniru perlakuan penjaganya dan kedua orang tua mereka, jadi pada usia ini haruslah berhati hati dalam kata kata dan perlakuan kita kerana setiap perbuatan akan dicontohinya tidak kira samada yang baik atau tidak. Jadi kita harus sentiasa berwaspada ketika bersama mereka ,kerana ketika ini mereka masih tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk serta apa yang betul atau tidak. Tunjuk ajar kitalah yang akan memberi contoh dan tauladan kepada mereka kelak. Sumber pemakanan juga penting dalam pembentukan akhlak anak. Contohnya sumber pemakanan yang halal dan berkhasiat amat penting dalam tumbesaran mereka dalam membentuk satu kewarasan pemikiran dan akal yang cerdas dan bijaksana. Contohnya buahbuahan sunnah antara pemakanan yang baik untuk otak dan kecergasan tubuh badan yang banyak telah diperkatakan dan dibuat kajian mengenainya.
Gambar kanak kanak pelbagai bangsa mewarnai kehidupan di Malaysia.
- Alam Remaja - Pada peringkat ini mungkin para remaja sedang berada dalam proses mencari identiti dan kemungkinan berlaku kecelaruan identiti jika mereka tidak di didik dengan betul. Secara azalinya manusia ini dilahirkan membawa 2 sifat iaitu baik dan jahat. Corak apa yang bakal terserap dalam diri mereka adalah bergantung pada persekitaran kehidupan mereka .Para remaja berupaya berfikir secara lojik atau terpesong daripada perwatakan sebenar mereka, maka sebab itulah mereka perlukan bimbingan daripada keluarga atau orang dewasa. Kadang kala mereka juga memahami konsep-konsep yang abstrak dan sangat idealisma dan berfikiran segar dalam apa juga bidang yang mereka ceburi contohnya akademik, keagamaan, kesenian ,teknologi dan lain lain lagi. Oleh yang demikian, penjelasan yang betul perlu diberikan kepada para remaja dalam memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan kehidupan ini. Mereka seharusnya dibimbing agar alam remaja yang dilalui ini tidak terpesong dengan norma norma kehidupan yang tidak baik dan bermoral, tetapi peluang dalam kesilapan langkah itu pasti ada kerana kehidupan di luar yang mereka hadapi pada masa ini memang mencabar. Contoh yang baik boleh diambil mengenai Raja al Fateh yang amat terkenal dalam sejarah Turki yang mana kebijaksanaan beliau telah membolehkan beliau menakluki Kota Konstantinople ketika berusia 21 tahun. Sultan Muhamad al-Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah. Ini adalah satu contoh bagaimana pemikiran orang muda yang segar dan sangat baik dapat di bentuk dan dijana untuk merealisasikan satu impian menjadi kenyataan.
- Hadis Rasullullah SAW pernah mengatakan Konstantinople akan ditawan oleh orang Islam. “Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine .
- Mereka berhak mendapat pendidikan yang sempurna. Jangan diherdik atau dinafikan hak mereka mendapat penjelasan dari kita, mengenai sesuatu perkara terutamanya dari ibu bapa mereka sendiri. Sekiranya tidak mampu maka eloklah dirujuk kepada mereka yang mampu menerangkannya secara berkesan dan bermakna. Ia dapat membantu mencerahkan segala kekusutan yang bermain dalam pemikiran mereka.
Aksi remaja yang sedang bergembira bersama rakan rakan mereka.Pengaruh rakan sebaya amat kuat dikalangaan mereka.
- Alam Dewasa satu perubahan yang telah dilalui oleh seseorang dari alam remaja .Ianya merupakan suatu era yang telah menonjolkan kematangan seseorang dalam mengharungi kehidupan mereka. Alam dewasa biasanya memberi satu kewarasan fikiran yang alami seperti keperluan kepada tuntutan kerohanian dan spiritual sebagai manusia yang dijadikan Allah kepada makhluk ciptaannya tidak kira samada manusia, haiwan atau tumbuhan. Tuntutan untuk memperkembangkan zuriat demi kesinambungan. umat manusia, dan makhluk yang lain. Apabila mereka mula mencapai usia dewasa maka keperluan sebagai orang dewasa akan dirasai mereka seperti berumahtangga dan berkeluarga. ini merupakan satu amanah dan bertanggungjawab yang harus dipikul terhadap isteri, anakanak dan keluarga sebagai suami dan ketua keluarga. Kedewasaan mengajar manusia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi memenuhi bukan saja tuntutan naluri tetapi agama dan kemanusiaan, Kedewasaan menuntut seseorang mempunyai sebuah kehidupan berkeluarga, kediaman dan nafkah makan pakai terhadap isteri , anak anak dan mereka yang dibawah berada dibawah tanggungjawab seseorang. Nafkah yang diperlukan bergantung kepada kemampuan sesebuah keluarga masing-masing. Dalam membina satu kehidupan baru keperluan asas kepada keluarga harus dipenuhi sebagai satu tuntutan keagamaan dan tanggunjawab kemanusiaan dalam merealisasikan erti sebuah kehidupan .Seseorang yang telah dewasa wajib mempunyai sumber pendapatan dan pekerjaan untuk menampung dan membiayai keperluan kehidupan mereka.
sumber pemakanan sihat untuk membina tubuh yang sihat
untuk tempahan hamper ,goodies perkahwinan dll sila hubungi 0199366560
untuk tempahan hamper ,goodies perkahwinan dll sila hubungi 0199366560
Apabila dewasa perkahwinan merupakan satu tanggunjawab dalam tuntutan kebatinan yang harus ditunaikan dalam kehidupan demi kesinambungan zuriat dan waris pada masa akan datang.
Kediaman adalah salah satu keperluan dan tuntutan selepas berumahtangga.
Perjalanan kehidupan manusia pada hari ini puratanya adalah dalam lingkungan enam ketujuh puluh tahun bergantung kepada kesihatan ,dan perjalanan seseorang itu dalam menelusuri kehidupan di alam fana ini.Sekiranya seseorang itu berkesempatan hidup yang melebihi usia tersebut ,maka itu adalah bonus bagi mereka...yang telah ditentukan takdir keatas mereka. Usia tua amat berbeza dengan usia muda seolah kita kembali ke alam semasa kecil tidak berkeupayaan dan perlukan bantuan orang lain dalam kehidupan . Dunia ibarat berpusing seperti roda sesekali kita di atas dan sesekali dibawah. Beruntunglah bagi mereka yang kekal sihat walaupun tua kerana masih berupaya menjaga diri sendiri sebelum dipanggil pulang oleh ILAHI tetapi masih ramai hidup keseorangan dan ditinggal sendiri serta ada juga dibiarkan dirumah kebajikan dalam menyusuri sisa sisa kehidupan ini. Nilai dan telitilah usia kita kini...apa sebenarnya yang telah kita lalui dan alami ini adakah telah memberi menafaat kepada masyarakat ,alam persekitaran dan diri sendiri sebagai hamba ALLAH yang mempunyai tingkatan TERTINGGI SEBAGAI MAKHLUK DAN KHALIFAH ALLAH didunia ini dalam kehidupan yang singkat....ini.
